Presiden Ukraine dakwa jadi sasaran No. 1 Rusia



KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran kumpulan pensabotaj kini telah menyusup masuk ke Kiev dan beliau menggesa penduduk supaya terus berwaspada.

Beliau turut mendedahkan maklumat risikan mendapati beliau menjadi sasaran nombor satu dan keluarganya adalah sasaran nombor dua selepas dua letupan kuat menggegar tengah Kiev pada awal pagi Jumaat ketika pasukan tentera Rusia dilaporkan semakin mara ke ibu kota Ukraine tersebut.

“Mereka mahu musnahkan sistem politik Ukraine dengan menghapuskan pemimpin negara ini,” katanya.

Zelenskyy juga menafikan khabar angin yang mendakwa beliau telah meninggalkan negara itu selepas Rusia melancarkan kempen serangan secara besar-besaran ke atas Ukraine pada Khamis.

“Saya masih tidak berganjak dari Kiev. Keluarga saya juga di sini,” ujarnya yang tidak menyatakan lokasi sebenar mereka atas faktor keselamatan.




Ketika ini, tentera Ukraine mendakwa Rusia membedil kawasan penempatan orang awam, namun sistem pertahanan udara mereka berjaya menangkis ‘dua hadiah maut’ yang dilancarkan Moscow.

Sementara itu, Datuk Bandar Kiev, Vitaly Klitschko berkata, kira-kira tiga orang cedera termasuk salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal selepas serpihan misil mengenai sebuah bangunan kediaman.

Beliau turut berkongsi keadaan bangunan tersebut dengan sebahagian dindingnya yang roboh selain pasukan bomba berada di lokasi kejadian.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba dalam satu kenyataan menyelar serangan roket yang mengerikan itu.

“Kali terakhir ibu kota kami berdepan kejadian menggemparkan seperti ini adalah ketika diserang tentera Jerman pada 1941,” ujarnya.




Pada Khamis, unit payung terjun tentera Rusia dilaporkan merampas kawalan Lapangan Terbang Gostomel di pinggir barat laut Kiev selepas mereka menyerbu masuk dengan helikopter dan jet dari Belarus. – AFP

Presiden Ukraine dakwa jadi sasaran No. 1 Rusia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Leave a Reply

Your email address will not be published.