Sekolah dibenar adakan PdPR semula

KULAI: Sekolah-sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sekiranya terdapat kes penularan Covid-19 yang tinggi di institusi masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihak pengurusan sekolah boleh memohon untuk mengadakan PdPR sekiranya terdapat risiko jangkitan yang boleh menular di kawasan sekolah.

“Memang kita sudah beri opsyen kepada sekolah rendah. Sekolah menengah pun kita sudah bermula dengan pelajar (tingkatan satu hingga empat) tidak perlu berada di sekolah kerana ketika ini kita fokus kepada pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).



“Pelajar lain boleh buat PdPR dan sekolah rendah juga boleh memohon. Kita sentiasa fleksibel dan menilai risiko dari masa ke semasa,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra 2, di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya telah menyediakan panduan prosedur operasi standard (SOP) kepada sekolah-sekolah dan institusi di bawah kementerian itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku penularan Covid-19.

“Garis panduan telah kita sediakan. Kementerian Kesihatan atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan sentiasa bantu dan sekiranya ada kes Covid-19 di sekolah, kita akan lapor dan mereka akan buat penilaian risiko.

“Kalau berlaku kes di asrama, kementerian akan menilai sama ada perlu diteruskan atau tutup kalau sampai tahap (tinggi) kita akan tutup, jika belum kita ambil langkah meminimumkan risiko supaya tidak menular dengan lebih teruk,” katanya.



Tambah beliau, kementerian turut memiliki pasukan penilaian dalaman yang akan memantau perkara itu kerana setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada keselamatan murid dan guru di sekolah.

Sementara itu, Mohamad berkata, kementerian juga akan membuat keputusan berkenaan pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan rasmi.

“Sama ada tangguh atau batal, kita masih dalam penilaian dan perbincangan. Kita akan selidik dan teliti pandangan yang diterima dan kita akan rumuskan. Saya percaya Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dilaporkan menggesa Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan atau membatalkan pelaksanaan PT3 atas faktor keciciran dilalui pelajar tingkatan tiga



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker