‘Mini Dhaka’ Klang diserbu

‘Mini Dhaka’ Klang diserbu

Satu lagi koloni ala ‘Mini Dhaka’ yang didiami oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) telah digempur Polis Diraja Malaysia dalam satu serbuan Op Khas Aman di pangsapuri Jalan Aman Perdana, Klang awal pagi tadi.

Operasi itu dijalankan selepas risikan dan pemantauan awal selama sebulan di kawasan perumahan itu dibuat selepas menerima aduan.



Orang ramai di kawasan itu yang mengadu kebanjiran warga asing di perumahan pangsapuri tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, menerusi operasi itu, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas 726 orang individu sebelum seramai 547 PATI berjaya ditahan dalam operasi bermula 2.30 pagi itu.

Operasi Op Khas Aman itu diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Muhamad Riduan Manap bersama kekuatan 45 pegawai dan 180 anggota dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

Semasa serbuan, keseluruhan seramai 300 pegawai dan anggota polis termasuk 53 orang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang lengkap bersenjata mengepung kawasan perumahan itu bagi mengelak PATI melarikan diri.



Selepas itu mereka menyerbu dan memeriksaan empat daripada lapan blok pangsapuri yang dibanjiri PATI.

Segelintir PATI dikesan terlibat dalam perniagaan kedai runcit dengan menjual produk dari negara asal mereka kepada pelanggan warga asing yang menduduki pangsapuri tersebut.

Seramai 547 PATI yang ditahan adalah terdiri daripada 512 warga asing iaitu 47 daripadanya warga Pakistan; Nepal (158), Bangladesh (90), Indonesia (78), Myanmar (106), India (28), empat warga Sri Lanka dan seorang warga Vietnam.

“Dalam serbuan sama pasukan turut membuat tangkapan terhadap 35 wanita asing yang terdiri daripada 25 warga Indonesia, lapan warga Myanmar dan dua warga Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Kesemua PATI itu ditahan kerana dikesan melakukan kesalahan untuk disiasat di bawah 6 (1) (c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1963 untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sepanjang operasi dilaksanakan tiada sebarang rampasan barang peribadi dilakukan terhadap PATI yang ditahan dalam serbuan itu.

“Operasi ini sebenarnya bertujuan untuk membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan tersebut terutama melibatkan PATI.

“Kesemua Pati berusia lingkungan antara 20- 50-an yang ditahan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut dan kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Semenyih selepas selesai menjalankan proses dokumentasi untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.



Difahamkan kesemua PATI yang diberkas itu mengaku bekerja di kilang-kilang perindustrian berhampiran selain dijadikan sebagai penempatan kekal PATI oleh majikan mereka dengan menyewa unit kediaman di pangsapuri tersebut. MG

‘Mini Dhaka’ Klang diserbu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker