Risiko darah beku selepas suntikan AstraZeneca amat rendah
Risiko darah beku selepas suntikan AstraZeneca amat rendah
Kajian kesan sampingan darah beku dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca mendapati kebarangkalian ia berlaku adalah amat kecil.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan PLOS itu, risiko mengalami darah beku adalah antara satu dan tiga kes dalam setiap sejuta penerima vaksin dos pertama, berbanding dengan yang tidak menerima imunisasi terbabit.
Ini berdasarkan rekod kesihatan 46 juta orang dewasa di England antara Disember 2020 dan Mac 2021 bagi menilai risiko pembekuan darah selepas menerima vaksinasi sama ada menggunakan Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca-Oxford.
Kajian itu dijalankan oleh William Whiteley dari University of Edinburgh dan Pusat Sains Data BHF Britain.
Hasil kajian mendapati tiada risiko masalah membabitkan jenis vaksin berkenaan pada arteri dan ‘venous thrombotic’ bagi mereka yang berusia 70 tahun ke atas.
Manakala risiko trombosis vena intrakranial (ICVT) berikutan vaksin AstraZeneca adalah hampir dua kali ganda pada mereka yang berusia di bawah 70 tahun, iaitu bersamaan satu dan tiga kes dalam setiap sejuta orang.
Risiko ICVT dan kemasukan ke hospital dengan trombositopenia adalah jauh lebih tinggi berbanding manfaat kesan vaksin dalam mengurangkan kematian dan morbiditi akibat COVID-19.
Penyelidik berusaha menganalisis sebarang kaitan antara vaksin COVID-19 dan pembekuan darah yang jarang berlaku di otak, arteri atau urat yang kadang kala disertai dengan platlet rendah.
Isu itu menyebabkan banyak negara menghentikan penggunaan suntikan vaksin dibangunkan bersama Universiti Oxford itu pada tahun lalu.
Malah, vaksin Johnson & Johnson yang dibangunkan berdasarkan asas sama dengan AstraZeneca turut dikaitkan dengan kes darah beku dan pengurangan jumlah platlet.
Susulan risiko itu, beberapa negara menyekat dan menggantung penggunaan vaksin berkenaan selepas pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan kemungkinan hubungan antara suntikan serta kesan vaksin. BH
Risiko darah beku selepas suntikan AstraZeneca amat rendah
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.