Menara telekomunikasi tumbang hempap kabin surau

IPOH: Jemaah yang menunaikan solat Asar di Surau Diri Jumaat Al-Ansar, Bandar Seri Botani di sini, kelmarin dikejutkan dengan kejadian sebuah menara telekomunikasi tumbang akibat ribut berdekatan surau tersebut.

Menara telekomunikasi itu menghempap sebuah kabin di belakang surau itu dan kejadian tidak menyebabkan kecederaan.

Seorang jemaah, Semsudin Abu Baker, 71, berkata, ribut berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat namun tetap meneruskan solat.



Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang surau.

“Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 4.47 petang, ketika itu rakaat kedua semua jemaah dengar bunyi dentuman kuat. Sebaik sahaja selesai solat, kami keluar dan lihat menara di belakang surau tumbang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, menara stesen pemancar rangkaian telekomunikasi setinggi 30 meter itu tumbang menghempap kabin yang terletak di belakang surau hingga musnah.

“Kami bersyukur kerana kabin itu yang digunakan sebagai penginapan siak surau  tidak berpenghuni sewaktu kejadian berlaku,” katanya.



Sementara itu, Pengerusi surau, Mohd. Fadzli Ahmad berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM20,000 melibatkan kerosakan kabin berkenaan.

“Kabin tersebut sebelum ini digunakan sebagai surau sementara pada tahun 2012 dan selepas dinaik taraf kepada Surau Diri Jumaat, ia diduduki siak yang bertugas di surau ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, pemilik menara itu, Prosontech Sdn. Bhd. (Prosontech) akan menguruskan ganti rugi kerosakan kepada pihak surau.

Menurutnya, pemilik menara telekomunikasi juga akan berbincang dengan pihak surau bagi melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan akibat kejadian tersebut.



“Kita telah minta pemilik menara telekomunikasi ini  untuk membuat laporan penuh dari segi teknikal berhubung kejadian. Prosontech akan menggantikan struktur runtuhan dengan segera selepas mengemukakan pelan perancangan dan reka bentuk menara baharu mengikut spesifikasi yang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan,” katanya. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker