Baran kena hon, cermin Velfire pecah dibaling spana

Keadaan kereta mangsa yang pecah pada bahagian cermin belakang akibat dibaling spanar oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kuching, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Baran akibat kena hon, seorang lelaki bertindak membaling spanar kearah sebuah kereta sehingga cermin belakang kenderaan terbabit pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada pukul 4 petang.

“Mangsa merupakan seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire yang mana suspek sedang menunggang motosikal bertindak memotong dari arah kanan secara berbahaya, akibat terkejut mangsa telah membunyikan hon.

“Suspek mula berang dan menunjukkan jari tengah serta menghimpit kenderaan lelaki itu sebelum membaling sebatang spanar sehingga cermin belakang kereta mangsa pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Jelas Eng Lai, polis sedang giat mengesan suspek yang menunggang motosikal dengan plat pendaftaran BDY6245 menerusi video dirakam mangsa bagi membantu siasatan.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian dan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 dalam usaha mengesan suspek,” ujarnya

Baran kena hon, cermin Velfire pecah dibaling spana




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker