Sumbangan PMKS kekal signifikan


Sumbangan PMKS kekal signifikan

Sumbangan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kekal signifikan kepada negara walaupun mengalami penguncupan sebanyak 7.3 peratus pada 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana pada tahun berkenaan, selain menggaji lebih tujuh juta pekerja, PMKS menyumbang hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan lebih daripada 13 peratus eksport negara.

Oleh itu, katanya, amatlah penting supaya kerajaan memastikan sektor perniagaan kita terus berdaya tahan.



“Demi mencapai matlamat ini, di bawah Bajet 2022, Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia direncana dengan tujuan mengembalikan keupayaan perniagaan melalui akses kepada pelbagai pembiayaan.

” Bernilai lebih daripada RM40 bilion, program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti yang akan memanfaatkan setiap golongan usahawan.

“Selain akses kepada pembiayaan, strategi untuk membina daya tahan sektor perniagaan juga tertumpu kepada inisiatif yang akan memacu pelaburan strategik, memudah cara perniagaan, serta memperkasakan agenda digitalisasi dan kelestarian bagi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Semarak Niaga Keluarga Malaysia di sini, hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Program Semarak Niaga dirangka supaya komuniti usahawan mampu bangkit semula dan terus berkembang.

“Bersama-sama langkah Bajet 2022 yang akan memudah cara perniagaan, serta pelbagai insentif cukai, semua ini akan juga membantu negara mencapai sasaran penciptaan 600,000 pekerjaan untuk Keluarga Malaysia tahun ini.

“Semua usaha ini diyakini akan melonjakkan lagi ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, melangkah ke hadapan, kementeriannya terus komited untuk menjadi sebuah kementerian yang responsif serta bertanggungjawab dan reformis dari segi fiskal.



“Oleh itu, selain daripada Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan tahun ini, satu Jawatankuasa Pemantauan Bajet (JPB) 2022 dipengerusikan Perdana Menteri juga ditubuhkan.

“Penubuhan JPB ini akan memantau pelaksanaan pelbagai inisiatif Bajet 2022, termasuk langkah-langkah di bawah Semarak Niaga, bagi memastikan keberkesanan dan penyampaian yang cekap,” katanya. BH

Sumbangan PMKS kekal signifikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker