Wanita hilang 3 tahun dakwa nikah di Siam

Wanita hilang 3 tahun dakwa nikah di Siam

KOTA BHARU: Wanita hilang hampir tiga tahun selepas dihantar bapanya menaiki bas ekspres untuk bekerja di Putrajaya sebelum ditemui di Pasir Mas, Rabu lalu, mendakwa dia sudah berkahwin dengan lelaki berusia 60-an dan ada di sekitar Kelantan sepanjang tempoh kehilangannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata perkara itu dimaklumkan oleh wanita berusia 26 tahun terbabit ketika keterangannya diambil polis.



“Dia mendakwa berkahwin di Thailand hampir tiga tahun lalu, tetapi gagal mengemukakan sijil nikah perkahwinannya di negara berkenaan. Dia turut mendakwa tinggal di beberapa lokasi di Kelantan sebelum ini, termasuk di Kuala Krai dan Pasir Mas sebelum ditemui polis,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan pasangan warga emas yang tinggal bersama-sama wanita terbabit bagi mengambil keterangan, tetapi sudah menghilangkan diri.

“Pasangan suami isteri berkenaan menghilangkan diri dan kita sedang mengesan kedudukan mereka. Keadaan wanita itu masih belum stabil, belum mampu menceritakan apa yang berlaku terhadapnya selama tempoh kehilangannya. Jadi, kita beri dia ruang sebelum keterangan lanjutnya diambil,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, wanita terbabit ditemukan di sebuah rumah dekat Kampung Perupuk, Pasir Mas, Rabu lalu. Kehilangannya dilaporkan ahli keluarga di Balai Polis Ketereh pada November 2019, apabila mereka gagal menjejakinya selepas dia dihantar menaiki bas ekspres dari sini untuk ke Putrajaya. BH



Wanita hilang 3 tahun dakwa nikah di Siam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker