Keputusan ujian RTK, tolong jangan jadi penipu!

SHAH ALAM – Seseorang pekerja yang didapati memanipulasikan laporan dan mengatakan dirinya positif Covid-19 boleh dikenakan tindakan diberhentikan kerja jika didapati bersalah.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, majikan boleh mengenakan tindakan tersebut mengikut Akta Kerja 1955.

Menurutnya, walau bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dijatuhkan selepas disiasat kebenaran daripada maklumat itu.

“Sekiranya pekerja itu mengambil kesempatan dan menipu dalam keputusan RTK (Kit Ujian Pantas Antigen), kita harap majikan boleh ambil tindakan.

“Adalah sangat tidak wajar untuk mereka (pekerja) menipu tetapi sebelum itu, perlu disiasat dahulu sama ada maklumat itu salah atau betul.

“Jika memang disahkan pekerja ambil kesempatan untuk cuti, maka boleh diambil tindakan. Tiada masalah untuk majikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada 7 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan RTK Antigen, tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).

Jelas beliau, individu tersebut seharusnya menganggap diri mereka positif Covid-19 walaupun tanpa pengesahan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Namun perkara itu dibimbangi boleh dimanipulasi pihak tertentu untuk mendapat cuti.

Dalam pada itu, Kamarul Baharin berkata, mana-mana majikan yang ingin mengekang berlakunya perkara tersebut, mereka boleh menghantar pekerja terlibat untuk mendapatkan pengesahan daripada klinik panel syarikat masing-masing.

Tegasnya, ia adalah cara yang paling wajar bagi majikan untuk mendidik pekerja mereka.

“Majikan boleh keluarkan satu memo prosedur operasi standard sekiranya pekerja disahkan positif, apa yang mereka perlu buat. Saya rasa ini perkara baharu, sebagai contoh kalau dia demam, ambil RTK dan positif, untuk pengesahan lebih baik pergi ke klinik panel,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker