Saudi benarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam

Saudi benarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi meluluskan undang-undang yang membenarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Individu di Arab Saudi yang memakai seluar pendek di lokasi-lokasi awam tidak lagi dianggap sebagai melanggar undang-undang kesopanan awam, kecuali di masjid dan pejabat kerajaan.



Pindaan terbaharu terhadap jadual pelanggaran kesopanan awam itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Bin Saud mengeluarkan keputusan kementerian yang menyeru pelaksanaan pindaan tersebut.

Selain pindaan terhadap peraturan melanggar kesopanan awam, menteri turut meluluskan penambahan kesalahan baharu kepada klasifikasi pelanggaran kesopanan awam.

Keputusan itu menetapkan bahawa denda hanya diberikan kepada individu yang memakai seluar pendek di masjid atau pejabat-pejabat kerajaan dengan nilai denda antara 250 hingga 500 riyal Saudi (RM279 hingga RM558).

Undang-undang kesopanan awam di Arab Saudi mula berkuat kuasa pada 2 November 2019. Ia diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri yang telah mengenal pasti 19 kesalahan yang membolehkan pesalah didenda sebanyak 50 hingga 6,000 riyal Saudi (RM56 hingga RM6,698). K Online



Saudi benarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker