MARA akan distruktur semula

MARA akan distruktur semula

Penstrukturan semula Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dilakukan sebaik saja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ketika ini pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada SPRM.

“Saya tidak mahu campur lagi sebab ia masih dalam siasatan. Biarlah siasatan selesai dan baru kita ambil tindakan apa yang perlu diambil,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian eDesa di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Pada 11 Februari lalu, SPRM mengambil keterangan lima pegawai kanan MARA berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Agensi itu turut melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada pengarah perundangan dan pendakwa raya.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan pihaknya membuka siasatan mengenai perbelanjaan kad kredit yang dilakukan individu dilantik dalam MARA Corp. BH

MARA akan distruktur semula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker