Peter Anthony tubuh parti KDM selepas keluar WARISAN

Peter Anthony tubuh parti KDM

Bekas pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony mengumumkan penubuhan parti baharu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya bersama beberapa bekas pemimpin WARISAN yang lain.

Ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, beliau memaklumkan, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu.

“Kita akan buat membuat pelancaran secara rasmi parti ini pada 13 Mac depan. Selepas itu, kita turut merancang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan negeri apabila gabungan berkenaan didaftarkan secara rasmi kelak,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang dilantik sebagai Timbalan Presiden KDM dan Setiausaha Agung, Dr Gaim @ James Lunkapis.

Peter dan Juil mengumumkan keluar WARISAN pada 27 Disember lalu. FMT

Peter Anthony tubuh parti KDM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker