Kompany yakin Bayern ke final UCL

Kompany yakin Bayern ke final UCL

Kompany yakin Bayern ke final UCL
PEMAIN Bayern giat menjalani menjelang pusingan kedua separuh akhir berdepan PSG. -FOTO Reuters

Munich: Bayern Munich kini hanya selangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) dengan pemain dan penyokong bersiap sedia menghadapi detik penting pada aksi separuh akhir kedua menentang Paris Saint-Germain, kata jurulatih Vincent Kompany.

Kelab Perancis itu yang muncul juara buat kali pertama tahun lalu meraih kemenangan dramatik 5-4 pada aksi pertama walaupun Bayern bangkit daripada ketinggalan 2-5 pada babak kedua.

Kompany berkata, terdapat keyakinan dalam kalangan pemain dan penyokong bahawa mereka mampu melangkah ke final.

“Ada satu perasaan bahawa bersama-sama kami akan melangkah ke peringkat seterusnya.

“Sekarang kami sudah berada di sini, kami melalui detik hebat dan penyokong percaya kami boleh lakukannya dan bersama-sama kami mahu jadikan momen ini tidak dapat dilupakan,” kata Kompany.

Bayern yang berada dalam musim kedua di bawah kendalian Kompany sudah menjulang kejuaraan Bundesliga dan berpeluang melengkapkan gelaran berganda domestik jika menewaskan VfB Stuttgart pada final Piala Jerman 23 Mei.

Jurulatih dari Belgium itu bagaimanapun kekal tenang berdepan tekanan beraksi di pentas Eropah di hadapan penyokong sendiri.

“Tenang sepenuhnya, ketenangan dalaman,” katanya ketika ditanya mengenai perasaannya.

“Bukan saja sebelum perlawanan ini, tetapi saya cuba untuk tidak membiarkan perlawanan ini memberi kesan terlalu awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja



“Lakukan rutin dengan tenang, cari kata-kata yang tepat untuk esok dan cari ayat terakhir yang sesuai untuk mempengaruhi satu peratus itu.

“Kami mahu menang perlawanan ini. Kami ada idea yang kami percaya boleh membantu kami. Perkara paling penting adalah menang dan itu keutamaan,” katanya.

Kompany yakin Bayern ke final UCL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker