Pelakon, Shah Iskandar masih hidup

REAKSI Shah Iskandar apabila menonton video Tik Tok mendakwa dia meninggal dunia akibat kemalangan.

Kuala Lumpur: “Ada lagi, masih hidup. Alhamdulillah,”.

Demikian tulis pelakon, Shah Iskandar di beberapa platform media sosialnya menafikan berita kematiannya yang disebabkan oleh individu tidak bertanggungjawab di TikTok sejak beberapa hari lalu.

Dalam hantarannya, Shah menegur individu itu supaya memeriksa dengan lebih terperinci kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

“Kepada yang cuba buat video tular saya meninggal dunia kerana kemalangan kereta atau motosikal, tak apa, saya maafkan.

“Mungkin lain kali siasat dahulu, betul atau tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab beginilah reaksi saya ketika menonton video itu. Tergosok-gosok mata, tahu,” tulisnya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kiriman mesej pengikutnya di Instagram sejak beberapa hari lalu.

“Saya dapat tahu mengenai perkara itu dari Instagram sejak beberapa hari lalu. Mungkin mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu memiliki nama sama seperti saya.

“Dalam khabar angin yang disebarkan itu, individu tidak bertanggungjawab berkenaan mendakwa saya meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antaranya lori dengan motosikal,” katanya kepada Harian Metro.

Berdasarkan carian di Internet, Harian Metro menemukan berita kemalangan maut membabitkan individu bernama Shah Iskandar yang berlaku pada November tahun lalu.

Terbaharu, Shah kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya, Hati Yang Dikhianati.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker