Kestabilan politik agenda utama
Kestabilan politik agenda utama
Oleh Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh
APABILA Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih pucuk pimpinan negara pada 20 Ogos 2021, suasana politik negara menjadi sangat tenang, sekali gus diharap dapat dikekalkan hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).
Itulah manfaat paling penting, iaitu politik stabil dengan politiking berkurangan berbanding tempoh sebelum ini yang sudah tentu kredit perlu diberikan kepada Perdana Menteri.
Ini kerana Ismail Sabri bersikap moderat dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat apa-apa keputusan penting, selain melihat keluar ke Singapura, Indonesia dan kini Brunei.
Beliau juga sudah membuktikan kebolehan semasa menjadi Menteri Kanan Pertahanan dalam menangani masalah pandemik COVID-19, sekali gus diyakini pada masa ini, menjadi tokoh diperlukan Malaysia sesuai dengan suasana politik.
Markah perlu diberikan kepada Ismail Sabri dan Kabinetnya dalam menangani pandemik COVID-19 kerana sebelumnya, kes harian kategori serius merekodkan lebih 25,000 kes serius tetapi kini sudah jauh berkurangan.
Kejayaan itu juga tentu hasil kerjasama semua masyarakat dan parti pembangkang terutama dari segi ketegasan kerajaan terhadap mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP). Malah, menteri Kabinet melanggar SOP dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan prakempen PRN Johor juga tidak terlepas.
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka juga sebenarnya perlu diberikan kredit kepada Ismail Sabri kerana rakyat sedar kepentingan politik stabil dan mahukan keharmonian untuk kembali bekerja membina negara.
Bagaimanapun, selepas kemenangan BN dalam PRN Melaka, ada pula pihak mahukan PRU-15 dipercepatkan dengan mengambil kira beberapa pertimbangan seperti supaya momentum kemenangan dapat dikekalkan.
Ini sebenarnya adalah pemikiran orang politik yang sentiasa mahu menang dan menjadi dominan walaupun ia tidak perlu kerana kita tidak tahu apa boleh berlaku dalam PRU-15, ditambah dengan pengundi baharu.
Oleh itu, ahli politik perlu diingatkan dengan peribahasa mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan, sebaliknya manfaatkan kuasa di tangan untuk melakukan sebaik mungkin bagi memulihkan negara.
Perdana Menteri perlu diberikan masa secukupnya untuk mengemudi bahtera ini hingga penggal Parlimen berakhir awal 2023 kerana sudah banyak kebaikan dan pembaharuan dibawa kepada negara dalam tempoh singkat ini.
Ahli akademik sendiri melihat Ismail Sabri sebagai pemimpin jujur dan ikhlas terutama butiran Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) benar-benar dilaksanakan.
Memang benar jangka hayat MOU akan berakhir pada 31 Julai ini tetapi semangat itu harus dikekalkan seolah-olah menjadi normal baharu dari segi kerjasama antara kerajaan dengan pembangkang.
Satu-satu penggal Parlimen seharusnya dibiarkan berlangsung hingga tamat, sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan untuk mendapatkan mandat baharu yang segar.
Bagi menjadikan politik lebih stabil, ahli akademik juga berpandangan selain pengenalan Akta Anti-Lompat Parti, langkah besar boleh diambil adalah menjadikan tarikh PRU sebagai perkara tetap.
Kita perlu mengambil contoh negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), malah negara jiran Indonesia juga yang memperuntukkan pilihan raya Presiden wajib secara automatik dilangsungkan pada tarikh tertentu.
Jika peruntukan sebegini dapat dimasukkan ke dalam Perlembagaan, akan hilang ketidaktentuan dan politiking berlebihan, sekali gus menjadikan semua pihak dapat fokus kepada kerja masing-masing hingga tarikh PRU tiba.
Dari sudut budaya politik pula, kita sebenarnya menuju ke arah sistem dua parti yang sentiasa akan ada persaingan antara dua pihak tetapi ia baik untuk negara kerana memberikan pilihan, sekali gus mewujudkan semak dan imbang.
Paling penting dalam suasana kita masih menghadapi banyak masalah dalam negara ialah pengekalan kestabilan politik supaya pemulihan ekonomi sedang berjalan pesat sekarang tidak terencat yang setakat ini kestabilan politik mampu diberi Ismail Sabri.
Penulis adalah Profesor Emeritus Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Kestabilan politik agenda utama
Baca Artikel Menarik:
- Belajarlah dari Nik Abduh – Armand
- Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain
- Muller dikecam jual mani kuda
- Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok
- Dah Kenapa Orang Batu Pahat Perambat Bang Non!!!
- Itu Zakar Dia La – Mesej Aaron Aziz Kepada Isteri
- Kem Sri Banding, Gerik diceroboh
- Najib menghadap TMJ, isteri
- Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar
- Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
- Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.