PRN Johor Satu Pembaziran Wang Rakyat? Ramlan Askolani Sanggah Kenyataan Akmal Nasir

PRN Johor Satu Pembaziran Wang Rakyat? Ramlan Askolani Sanggah Kenyataan Akmal Nasir

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan Yang Berhormat (YB) Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bharu yang mengatakan perbelanjaan beratus juta untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu pembaziran wang rakyat.

Saya tidak menyangka yang YB Akmal, seorang pemimpin muda dan berpelajaran tinggi masih lagi menggunakan teknik yang sudah lapuk sebagai propaganda yang seolah-olah memperkecilkan keupayaan pengundi untuk berfikir.



Pertama sekali, YB Akmal perlu membezakan di antara wang kerajaan yang diperuntukkan untuk sesuatu perkara dan wang yang diperuntukan untuk kegunaan rakyat.

Walaupun ianya datang dari sumber yang sama tapi ada perbezaannya. Lantas, mengatakan wang rakyat dibazirkan untuk proses pilihanraya adalah kurang tepat dan salah.

Keduanya, mengatakan ianya satu pembaziran juga tidak tepat kerana sekiranya Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) diadakan kelak, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu lagi mengadakan pilihan raya negeri masing-masing untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ketiganya, proses pilihan raya adalah satu keperluan yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara dan merujuk kepada PRN Johor, ianya adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor.



Adakah YB Akmal mempertikaikan kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Johor dalam melihat keperluan tersebut?

Keempat, ketidakstabilan politik telah mengakibatkan negeri Johor kehilangan berpuluh-puluh bilion potensi pelaburan asing terutamanya dari Singapura dan juga pelabur tempatan untuk melabur dalam pelbagai projek di Johor.

Ini adalah fakta, Ekonomi 101. Apabila politik stabil, maka jaringan ekonomi negeri akan turut rancak dan meriah. Saya hairan bagaimana orang berpelajaran seperti YB Akmal boleh terlepas pandang fakta ini?



Kelima, proses pilihan raya adalah satu aspek penting dan keperluan dalam demokrasi.

Perlu diingat, ramai rakyat negara-negara lain telah membayar dengan air mata, darah dan nyawa demi untuk menegakkan sistem demokrasi di negara mereka. Jadi, negara kita yang sememangnya mempunyai sistem demokrasi yang efisien harus menjalankannya apabila ianya perlu atau “when it really serves the purpose”.

Saya amat berharap agar YB Akmal, seorang Ahli Parlimen yang bakal menjadi seorang pemimpin generasi masa depan bersikap lebih rasional dan bertanggungjawab apabila menyentuh isu-isu seperti ini.

Jangan kerana terlalu ghairah nak mendapat “cheap political mileage”, YB sanggup memberi kenyataan yang mungkin mengelirukan golongan muda. Demi PRN Johor, berkempenlah secara berhemah dan adil, demi kesejahteraan rakyat Johor kelak.



Kalau benar YB Akmal ingin membantu rakyat yang sedang kesempitan sekarang ini, isu yang patut didesak ialah pemberian moratorium pinjaman oleh pihak bank dan juga pengeluaran wang KWSP RM10 ribu yang amat diharapkan oleh rakyat ketika ini. Ianya tidak membabitkan wang kerajaan dan pihak bank ternyata mampu berbuat demikian. – UMNO ONLINE

Datuk Ramlan Askolani
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai

PRN Johor Satu Pembaziran Wang Rakyat? Ramlan Askolani Sanggah Kenyataan Akmal Nasir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker