Guru rogol 13 pelajar kena penjara seumur hidup

Guru rogol 13 pelajar kena penjara seumur hidup

BANDUNG: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya.

Kes itu mendapat perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama.

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung.

Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu.

Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu.

Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus terhadap kes itu.

Wirawan, 36, tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

Mahkamah juga berkata, pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.

Hari ini terdapat lebih 25,000 pondok agama dikenali pesantren di seluruh Indonesia, dengan hampir lima juta pelajar tinggal dan belajar di asrama.

Pelajar menghadiri kelas biasa pada siang hari dan meneruskan pengajian Al-Quran dan ajaran Islam sehingga petang.

Kes rogol di Bandung itu menonjolkan lagi kebimbangan mengenai masalah penderaan seksual di sekolah, dengan 14 daripada 18 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan tahun lepas berlaku di sekolah pesantren. BH

Guru rogol 13 pelajar kena penjara seumur hidup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker