Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]

Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]

SATU klip video ‘comel’ yang tular di media sosial memaparkan seorang penyampai berita mendukung bayinya, benar-benar membuatkan netizen ‘cair’.

VIDEO DIBAWAH:-

Rebecca Schuld, seorang penyampai berita dari Wisconsin, Amerika Syarikat, dilihat mendukung bayinya yang berusia tiga bulan ketika menyampaikan ramalan cuaca untuk CBS 58 News.

Laporan oleh Daily Mail mengatakan bahawa Rebecca, 42, telah bekerja dari rumah kerana sekatan berkaitan Covid-19 selepas cuti bersalinnya tamat.

Semasa bekerja dari rumah, anak perempuannya terjaga dari tidur ketika dia mahu mula menyampaikan laporan ramalan cuaca.

Dia kemudian memutuskan untuk menyampaikan laporan ramalan cuaca bersama bayinya.

“Saya hanya beberapa minit lagi mahu bersiaran, dan kemudian bayi saya terbangun. Saya mendukungnya ke skrin hijau dan penerbit kami berkata, ‘Oh, bayi anda, adakah dia akan turut serta?’

“Saya berkata, ‘pasti!’. Saya sangat yakin bayi saya akan berkelakuan baik kerana dia telah mendapat tidur yang cukup,” katanya lagi. – India.com

Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker