Maria Tunku Sabri sering letih, semput dan lupa gara-gara Covid-19

Maria Tunku Sabri sering letih, semput dan lupa gara-gara Covid-19

Pengacara popular, Maria Tunku Sabri mengakui sering letih dan semput serta mudah lupa selepas pulih daripada Covid-19.

Maria dijangkiti virus berkenaan Oktober tahun lalu dan menyedari banyak perubahan pada dirinya selain kehilangan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

“Bercerita mengenai kesan akibat Covid-19, banyak perubahan yang saya rasakan pada diri contohnya mudah penat dan semput. Walaupun mempunyai pembantu rumah, saya lebih selesa melakukan kerja rumah sendiri.

“Kesan selepas dijangkiti Covid-19 itu benar-benar terasa. Jika dulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat, kini saya perlu berehat seketika kerana terlalu letih.

“Selain itu, saya juga mudah lupa. Itu yang menyebabkan saya jarang memuat naik video memasak kerana banyak tergendala. Kadang-kadang saya sudah membuka peti sejuk, namun terlupa apa barang yang ingin saya ambil tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, masalah asma yang dialaminya dulu turut kembali selepas pulih Covid-19.

Maria berkata, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) turut mendapati masih berbaki kesan akibat virus Covid-19.

“Baru-baru ini saya menjalani ujian kesihatan di IJN dan membuat pemeriksaan untuk mengkaji tahap kesihatan. Masih ada sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.

“Jadi, saya melakukan senaman pernafasan itu sebanyak 10 set setiap hari. Alhamdulillah, selera dan deria rasa juga sudah kembali secara perlahan-lahan,” katanya.

Pada Oktober lalu, Maria dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam akibat dijangkiti Covid-19. HM

Maria Tunku Sabri sering letih, semput dan lupa gara-gara Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker