Hibah TH 2021 kekal mencabar

PETALING JAYA – Para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mungkin tidak sepatutnya mengharapkan kadar hibah yang tinggi untuk tahun 2021, memandang­kan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh badan pelaburan, pe­nerimaan deposit dan pengurusan haji itu sepanjang tahun lalu.

Timbalan Presiden Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau melihat kadar hibah yang bakal diumumkan TH adalah 3.1 peratus, sama seperti tahun sebelum­nya, dengan pandangan lebih optimis sekitar 3.2 peratus.

Menurutnya, TH dianggarkan memerlukan sekitar RM2.3 bilion untuk memberikan hibah pada kadar 3.1 peratus.



“Saya menjangkakan sedemikian kerana majoriti pendapatan TH adalah daripada pelaburan pendapatan tetap, yang mana kadar simpanan tetap merosot teruk pada 2021 sehingga ke bawah dua peratus.

“Prestasi pasaran ekuiti tempatan turut merudum tahun lalu menyebabkan TH perlu lebih konservatif dalam mencatatkan rosot nilai ke atas asetnya, manakala di sektor hartanah, TH tidak mampu menaikkan sewa malah mungkin terpaksa memberi diskaun sewa untuk memastikan penyewa kekal.

“Pendek kata, semua kelas aset TH merekodkan pertumbuhan rendah dan ketika pelaburan di luar negara biasanya mampu memberikan pulangan tinggi, pelaburan luar negara TH hanya sekitar lima peratus dan tidak mampu memberikan lonjakan lebih tinggi kepada prestasinya secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Untuk setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2021, TH merekodkan pendapatan RM1.52 bilion, lebih rendah berbanding RM1.55 bilion yang dicapai dalam tempoh sama pada tahun 2020.



Sebahagian besar pendapatannya adalah daripada pelaburan pendapatan tetap yang menyumbang RM942.6 juta, mewakili 62 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

Ahmed Razman menambah, antara faktor yang dapat membantu TH ialah penjimatan subsidi haji yang dianggarkan berjumlah RM400 juta.

“Pada masa sama, para pendeposit perlu memahami tiada perniagaan yang boleh menjamin keuntungan setiap tahun dan TH juga tidak terkecuali,” ujarnya.

Hibah TH 2021 kekal mencaba




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker