Parti yang dituduh rasuah dikalahkan oleh parti yang mengamalkan rasuah

Oleh Norzahira

BANYAK video dan gambar pemberian rasuah oleh Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tersebar di media sosial. Ironinya mereka ini sanggup bersumpah dengan nama Allah akan mengundi PN bermodalkan rasuah tersebut.

Setakat ini, PN samada Muhyiddin atau Hadi Awang belum lagi tampil menafikan pemberian rasuah yang gabungan parti terbabit lakukan semasa menghadapi PRU15.



Perkara terkutuk yang dilakukan oleh PN itu sangat berlawanan dengan fitnah yang dijaja oleh PPBM dan PAS kononnya UMNO dan Barisan Nasional parti rasuah dan kotor.

PRU15 menjadi bukti, Parti UMNO BN yang dituduh rasuah dikalahkan oleh gabungan parti Perikatan Nasional, PPBM dan PAS yang mengamalkan rasuah berdasarkan video-video dan gambar-gambar yang diviralkan secara berleluasa.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang tindakan dilakukan terhadap salahlaku rasuah yang diamalkan oleh PPBM dan PAS sedangkan banyak bukti membabitkan mereka?

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan UMNo, Isham Jalil berkata Umno perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas berdepan prestasi buruk pada PRU15.



“Orang kita tak kira dia ideologi apa dia tetap tidak suka rasuah, dia sukakan parti yang bersih.

“Jadi untuk bergerak ke hadapan, kita kena selesaikan dulu perkara ini kerana selagi tidak diselesaikan, stigma yang kata Umno ni parti rasuah tak boleh dibuang,” kata dalam majlis bersama media massa semalam.

Rakyat perlu didedahkan dengan fakta yang tepat berkenaan siapa sebenarnya UMNO. Fitnah kononya UMNO dipenuhi rasuah perlu dibersihkan dengan mendedahkan siapa pula sebenarnya yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai amalan parti mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker