Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu

PUTRAJAYA – Modal ‘payung emas di syurga’ kerap dijadikan senjata buat si suami bagi mengumpan isteri untuk berpoligami.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu.

“Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat Allah SWT namun, yang pasti ada keperluan dan hikmah dalam keadaan tertentu.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Katanya, jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan taat kepada suaminya maka, Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki.

Zulkifli berkata, hukum bagi sesuatu juga perlu dilihat daripada aspek sebab dan illahnya.

“Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ianya sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. (Surah al-Nisa’, 4:3),” katanya.

Katanya, hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram dan tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

Jelasnya, berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak

Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker