Sanggup kongsi duit sewa inap desa untuk parti liar

Sanggup kongsi duit sewa inap desa untuk parti liar

Polis menahan 20 individu yang menyertai ‘parti liar’ di sebuah inap desa di Jalan Presint 1, Damansara Perdana, di Sungai Petani, dalam serbuan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berkenaan yang berusia 18 hingga 24 tahun, dikatakan berkongsi wang untuk menyewa inap desa terbabit dengan bayaran tertentu dikenakan.

Sesetengah daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dan dikenakan kompaun.

“Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, enam lelaki positif dadah,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. FMT

Sanggup kongsi duit sewa inap desa untuk parti liar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker