PRN Johor: BN jangan ulangi kesilapan beri kerusi Melayu kepada orang lain

Meskipun sudah lebih seminggu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, masih tiada ura-ura parti politik Melayu akan bergabung untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun yang pasti, rakyat tidak akan memberi muka kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mengemukakan calon bukan Islam di kawasan majoriti Melayu – meskipun atas nama ‘Friends of BN’.

Ia susulan hasrat Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) untuk bertanding pada PRN Johor menerusi tiket BN.



Sebelum ini, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, hasrat parti itu untuk bertanding pada PRN Johor sudah disampaikan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pucuk pimpinan BN juga memberikan maklum balas positif berhubung hasrat itu.

Atas dasar tidak mahu kaduk naik junjung seperti parti komponen, tinjauan Ismaweb.net mendapati rata-rata pengguna media sosial mendesak pemimpin BN untuk tidak membenarkan Makkal Sakti bertanding di kerusi majoriti Melayu.



“Jangan letakkan tempat majoriti Melayu. Pergi main (bertanding) dekat kawasan lain. Letak dekat kawasan majoriti Melayu memang bungkus,” kata Umar Ali.

“Jangan bagi kawasan Melayu. Asyik nak menang mudah je. Tak nak kerja keras untuk menawan pengundi dari kaum sendiri. Lepas menang mendongak ke langit,” demikian kata Abdul Hakkim Zainudin.

Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Mohd Anuar Jalal menggesa BN meletakkan calon mengikut majoriti kaum penduduk.

“Kalau letak calon lain. Harus kami tak undi!” tegasnya.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah



Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker