PM dan pemimpin BN hadir sambutan Tahun Baharu Cina

Ismail Sabri bersama-sama menggaul yee sang pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Dewan San Choon Wisma MCA pada Selasa.

Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir ialah beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir ke majlis tersebut.



Kira-kira 300 tetamu turut dihiburkan dengan tarian harimau dan persembahan lain yang menggambarkan kepelbagaian kaum di negara ini.

Ismail Sabri bersama tetamu lain turut melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik untuk memperoleh nasib yang baik, kesejahteraan dan semua perkara yang dilakukan memperoleh keuntungan.

PM dan pemimpin BN hadir sambutan Tahun Baharu Cina


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker