Eklampsia Punca ke-4 Kematian Ibu Selepas Bersalin… Jangan Pandang Ringan Penyakit Ini
Eklampsia Punca ke-4 Kematian Ibu Selepas Bersalin… Jangan Pandang Ringan Penyakit Ini
KETIKA bakal ibu sedang menantikan kelahiran anaknya, kesihatan kedua-dua ibu dan anak haruslah menjadi keutamaan, namun terdapat juga situasi yang boleh membuatkan keduanya berada di dalam bahaya.
Hal ini termasuklah penyakit yang kurang dikenali seperti Praeklampsia, dan perkembangan penyakit ini yang lebih jarang berlaku iaitu Eklampsia.
Kongsi Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Nor Elyana Noordin, praeklampsia ialah komplikasi kehamilan yang bercirikan tekanan darah tinggi serta petanda kerosakan pada organ lain, yang selalunya berlaku pada buah pinggang di mana ia merembeskan protein (proteinuria).
“Eklampsia ialah permulaan sawan untuk wanita yang sedang hamil dan merupakan komplikasi teruk bagi praeklampsia. Praeklampsia lazimnya berlaku sewaktu fasa antenatal, lebih-lebih lagi ketika si ibu sedang berada di trimester ketiga kehamilan mereka.
Kata Dr Nor Elyana, punca sebenar eklampsia belum diketahui sehingga ke hari ini.
“Sebanyak 80 peratus sawan eklampsia berlaku ketika proses melahirkan anak atau dalam jangka masa 48 jam selepas melahirkan anak,” katanya.
Dr Elyana turut menjelaskan bahawa mengikut statistik, kelaziman kes praeklampsia dan eklampsia berlaku masing-masing adalah sebanyak 4.6 peratus dan 0.3 peratus.
Di Malaysia, eklampsia mewakili enam peratus daripada punca kematian para ibu pada tahun 2020 dan mengambil tempat keempat bersama kelahiran luar rahim (ectopic pregnancy) selepas obstetrik embolisme, pendarahan selepas bersalin dan hipertensi ketika mengandung dan kandungan protein berlebihan dalam urin.
Gejala praeklampsia
Menurut Dr Elyana, eklampsia dapat dielakkan dengan rawatan yang diberikan pada masa tepat, serta melalui pemeriksaan berkala kerana terdapat tanda gejala dan parameter klinikal bagi dapat membantu menghindari komplikasi praeklampsia lebih teruk.
“Kesihatan wanita hamil yang mengalami praeklampsia harus dipantau secara kerap melalui pemantauan bacaan tekanan darah, pemeriksaan darah dan ujian protein urin untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa berada di tahap baik.
“Jika bacaan tekanan darah tinggi masih tidak boleh dikawal walaupun selepas mengambil ubat-ubatan secara optimal atau bacaan keputusan ujian darah adalah tidak normal, bayi di dalam kandungan harus dilahirkan supaya praeklampsia tidak menjadi lebih teruk dan bertukar ke eklampsia,” ujar Dr Elyana.
Kesihatan wanita hamil yang mengalami praeklampsia harus dipantau secara kerap.
Walaupun praeklampsia boleh berlaku tanpa sebarang tanda gejala, bacaan tekanan darah harus diberi perhatian ketika wanita hamil sedang menjalani pemeriksaan antenatal.
Tanda gejala yang juga boleh berlaku apabila praeklampsia menjadi semakin teruk ialah sakit kepala yang keterlaluan, masalah penglihatan, sakit di bawah tulang rusuk, loya teruk dan muntah-muntah, berat badan naik secara mendadak, dan bengkak (oedema) pada wajah atau tangan.
Siapa berisiko mendapat praeklampsia?
Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sedia ada mempunyai risiko untuk mendapat praeklampsia.
Mereka yang mempunyai penyakit lupus atau antifosfolipid juga berisiko tinggi untuk mendapat praeklampsia menurut Dr Elyana.
Faktor lain termasuklah kehamilan pertama, sejarah keluarga yang mengalami prakelampsia, berusia lebih 40 tahun, mempunyai jarak 10 tahun dari kehamilan sebelumnya, hamil dengan lebih dari seorang bayi (kembar atau kembar tiga) atau bacaan indeks jisim tubuh (BMI) 35 dan keatas.
Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari SMCV, Dr Wong Yen Shi pula berkata, terdapat risiko sebanyak 15 peratus untuk seseorang wanita mendapat praeklampsia sewaktu kehamilan kedua jika beliau mengalami praeklampsia sewaktu kehamilan pertamanya.
Rawatan yang betul dapat menyelamatkan nyawa ibu dan anak.
Dr Wong juga menerangkan, terdapat gaya hidup yang dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat praeklampsia.
“Untuk wanita yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, adalah amat penting bagi memastikan bacaan tekanan darah anda terkawal sebelum membuat keputusan untuk hamil. Aspirin boleh digunakan untuk mengelak atau melambatkan praeklampsia berlaku.
“Selain itu, bersenam dan mengamalkan diet seimbang adalah penting untuk kesihatan secara amnya, namun ia tidak dapat menghalang praeklampsia dari berlaku,” kongsinya.
Cara merawat praeklampsia dan eklampsia
Dr Wong menerangkan, rawatan paling berkesan untuk merawat praeklampsia adalah dengan melahirkan bayi tetapi jika usia kandungan masih belum mencukupi, keadaan ini boleh dikawal melalui ubat darah tinggi, ujian darah dan ujian protein urin serta pemeriksaan berkala memantau keadaan ibu dan bayi.
“Jika usia kandungan sudah mencecah 37 minggu atau lebih, bayi boleh dilahirkan melalui kaedah induksi kelahiran atau pembedahan caesarean.
Kata Dr Wong ibu yang mengalami praeklampsia perlu segera melahirkan bayi.
“Bagi bakal ibu yang usia kandungan belum mencecah 37 minggu tetapi sudah mengalami komplikasi praeklampsia, mereka perlu melahirkan anak dengan segera.
“Melahirkan anak dan plasenta merupakan cara terbaik bagi merawat praeklampsia. Selain itu, magnesium sulfat juga digunakan untuk mengelak dan merawat eklampsia,” ujar Dr Wong.
Kesan perkembangan bayi?
Memandangkan penyakit ini berpunca daripada plasenta, praeklampsia boleh menghalang bayi daripada mendapat bekalan darah yang mencukupi.
Sebagai kesannya kata Dr Wong, bayi akan bersaiz kecil yang juga dikenali sebagai fetal growth restriction kerana ia tidak dapat membesar secara normal di dalam rahim.
“Praeklampsia dan komplikasinya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat kelahiran pramatang dan antara komplikasi yang boleh dialami oleh bayi pramatang termasuklah celebral palsy (gangguan pergerakkan yang tidak boleh dirawat), masalah pembelajaran, masalah pemakanan atau usus serta gangguan penglihatan atau pendengaran,” tambah Dr Wong.
Meskipun pengalaman hamil dan melahirkan anak adalah berbeza bagi setiap ibu, cara terbaik untuk menghindari praeklampsia seterusnya eklampsia adalah dengan cara diagnosis awal. Penjagaan pranatal dan postnatal adalah kunci utama.
Pesakit harus menjalani pemeriksaan yang konsisten dan harus memberitahu doktor jika mereka mengalami sebarang simptom baru untuk memastikan mereka dapat melahirkan anak dengan selamat.
Eklampsia Punca ke-4 Kematian Ibu Selepas Bersalin… Jangan Pandang Ringan Penyakit Ini
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?