Tak mungkin TMJ bohong
Tak mungkin TMJ bohong
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berpendapat bahawa tidak mungkin Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbohong dalam isu gaji tinggi yang diminta Lim Teong Kim.
Isu berkenaan muncul selepas Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendakwa Teong Kim meminta gaji 70,000 euro (RM327,000) hingga 80,000 euro (RM374,000) untuk berkhidmat sebagai jurulatih pembangunan skuad Harimau Selatan.
Bagi Sathianathan yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, jumlah itu dianggap terlampau tinggi sekiranya apa yang diperkatakan oleh TMJ itu adalah benar.
“Memang tinggi, dalam dunia saya ingat tak ramai jurulatih remaja harga (gaji) macam itu. Kalau di Eropah semua macam itu saya fikir banyak kelab yang bankrap.
“Kalau betul dia minta 70,000 euro (RM327,000) hingga 80,000 euro (RM374,000) memang saya terkejut. Hanya segelintir jurulatih dekat Eropah macam Pep Guardiola dan yang jaga kelab EPL (Liga Perdana Inggeris) semua tinggi, tapi berapa peratus saja jurulatih hebat yang bergaji tinggi di Eropah.
“Bagi saya takkan Tunku (TMJ) nak bohong, apa dia dapat untuk berbohong. Tunku ini kalau anda tahu jenis orang yang cakap terus terang. Dia anak Raja, dia tak dapat apa-apa kalau bohong.
“Tak payah bohong dia tak ada kepentingan apa-apa pun. TMJ pun ada ramai kawan dekat Sepanyol termasuk dengan kelab Valencia dan Barcelona, mesti dia tahu pasal gaji.
“Tapi saya memang mengharapkan Teong Kim dapat melatih skuad senior dalam Liga Malaysia kerana dia memiliki keyakinan yang tinggi walaupun tiada pengalaman dengan mana-mana pasukan senior,” katanya kepada BH Sukan.
Dakwaan TMJ mencetuskan ‘perang mulut’ dengan Teong Kim di media sosial apabila bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menafikan bahawa dia meminta jumlah gaji yang sedemikian.
TMJ bagaimanapun membalas penafian yang dibuat Teong Kim dengan berkata: “Jangan nak temberang. Pasukan kewangan saya tahu berapa banyak yang kamu minta.
“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji itu saya tak mampu. Itu apa yang awak cakap. Jadi jangan nak twist (pusing cerita).” BH
Tak mungkin TMJ bohong
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?