Fitnah Perdana Menteri, 3 portal dilaporkan kepada Polis

Mohammad Anuar menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Perdana Menteri membuat laporan polis berhubung tiga portal yang melaporkan berita palsu berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausahanya, Datuk Mohammad Anuar Mohd. Yunus berkata, laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.40 petang bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Mengulas lanjut, laporan polis tersebut dibuat agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik portal-portal terbabit yang menyebarkan berita palsu sehingga menjatuhkan kredibiliti Ismail Sabri.

“Ketiga-tiga portal ini didapati dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.



“Kenyataan ini telah dimanipulasi oleh ketiga-tiga portal tersebut daripada kenyataan sebenar Ismail Sabri pada suatu majlis di Bera pada 29 Januari lalu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tiga portal menyiarkan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat’, ‘Ismail Sabri rayu jangan tarik sokongan, bimbang jadi PM paling singkat’ telah disiarkan pada 30 Januari lalu.

Bagaimanapun, Mohammad Anuar menjelaskan pemberita daripada ketiga-tiga portal tersebut tidak kelihatan pada sidang media berkenaan. – K!ONLINE

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker