Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
Sikap pemimpin PAS yang gemar melabel pihak lain dengan pelbagai gelaran bukan perkara baru, bahkan parti itu boleh melakukan perkara lebih daripada itu, kata Azan Ismail.
Menurut Pengerusi PKR Terengganu itu pengalaman dia bekerjasama dengan PAS membolehkannya membuat pandangan tersebut dan pihaknya pernah menjadi mangsa kepada pengkhianatan mereka.
“Melihat kepada percakaran pimpinan Umno selepas parti mereka digelar sebagai ‘itik patah kaki’, saya mahu nasihatkan mereka supaya tidak terkejut dengan sikap pemimpin PAS.
“Label-melabel dan memberi gelaran sudah menjadi amalan PAS sejak sekian lama, ia perkara biasa dan yang luar biasa PAS juga boleh mungkir janji di sebalik muafakat dan perjanjian,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.
Terdahulu Abdul Hadi memberi respon tersebut susulan tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya umum lalu.
Mengulas lanjut Azan berkata, semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, PAS bertindak meletakkan calon mereka di kerusi yang sudah dimuktamadkan untuk PKR.
Malah, katanya, ada pemimpin PAS juga menuduh salah seorang calon PKR sebagai penjual pil kuda, selain mendakwaan ada kalangan pimpinan mereka menganut ajaran komunis.
“Jadi sewajarnya Umno sedar dan berwaspada bahawa ketika PAS menyeru muafakat dan perpaduan ummah, tetapi tidak mustahil untuk PAS tetap melakukan kecurangan.
“Gelaran itik kaki tempang itu biasa, tahap lebih buruk belum sampai. PAS boleh buat lebih jauh daripada itu.
“Jangan sampai alami nasib yang sama dengan PKR sebelum ini dalam bekerjasama dengan PAS,” jelasnya. Mk
Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
Baca Artikel Menarik :
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
You must be logged in to post a comment.