Iklan Kreatif AEON Sindir Geng Honda Civic

Iklan Kreatif AEON Sindir Geng Honda Civic

Di era digital ini, penggunaan media sosial dalam kalangan jenama terkenal pastinya bersungguh-sungguh menghasilkan konten pemasaran yang santai dan lebih dekat dengan pengguna.

Terbaharu, syarikat AEON ada mengeluarkan iklan di Facebook rasmi mereka seolah-olah ‘menyindir’ kelab kereta Honda Civic FC yang sebelum ini tular berikutan tindakan mereka meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan Jalan Pintas Temiang pada minggu lalu.



Dalam hantaran tersebut, AEON yang membuat promosi secara tidak langsung untuk sebuah produk kereta mainan sempat memberi pesanan kepada orang ramai agar meletakkan kenderaan di laman parkir pasar raya dalam keadaan baik dan bersivik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur dengan iklan tersebut kerana mengaitkannya dengan isu semasa.

‘Marketing up-to-date’ bak kata netizen, teknik pemasaran seperti ini ternyata telah dapat menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih lanjut lagi mengenai apa yang cuba disampaikan oleh pihak AEON.

Apa pun, parkir kereta di tempat yang sepatutnya dan jangan menyusahkan orang lain ok! Bn



Iklan Kreatif AEON Sindir Geng Honda Civic


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker