30 tahun ‘derita’ jalan tidak berturap

RANTAU PANJANG – Lebih 20 buah keluarga di Kampung Perol Lubok Tegayong, Tok Uban di sini ‘menderita’ sejak 30 tahun lalu apabila laluan masuk ke rumah mereka tidak berturap sekaligus mengundang bahaya setiap kali musim hujan.

Dakwa penduduk situasi menjadi lebih bahaya terutama pada waktu malam kerana mereka sukar untuk mengagak laluan tersebut disebabkan oleh suasana yang sangat gelap tanpa kemudahan lampu jalan.

Wakil penduduk, Idris Jusoh, 65, berkata, mereka sudah tidak sanggup untuk mengharungi ‘penderitaan’ itu yang berlarutan sejak 30 tahun lalu.



“Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan dan difahamkan ia sudah diluluskan. Malangnya jalan sejauh lima kilometer ini masih belum berturap.

“Jadi saya merayu supaya laluan utama kami ini dapat diturap dengan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurutnya, ekoran jalan tidak sempurna itu dia akan mengalami masalah ngilu pada bahagian tulang yang patah akibat kemalangan sebelum ini.

Katanya, setiap kali menggunakan laluan tersebut dia terpaksa ‘melupakan’ seketika kesakitan kerana itulah pilihan terbaik yang ada.



Seorang lagi penduduk, Rosmini Ismail, 48, berkata, permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan dia hampir mengalami kemalangan.

“Sampai bila kami perlu berdepan dengan kepayahan ini sedangkan kami layak untuk menikmati kemudahan itu.

“Jadi saya merayu kepada pihak berkenaan terutama wakil rakyat untuk segera menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Che Deraman Daud,62, berkata, sebelum ini penduduk telah berpakat mengumpul dana bagi membaiki jalan tersebut dengan menambun batu.



Katanya, inisiatif secara bergotong-royong itu bagi memastikan penduduk dapat menggunakan jalan tersebut dalam keadaan selesa walaupun serba kekurangan.

Dia berkata, semakin hari jalan yang ditambun batu semakin berlopak dan tidak mampu untuk menampung kenderaan yang keluar masuk.

Penduduk di Kampung Perol Lubok Tegayong, Rantau Panjang menunjukkan jalan di kampung mereka yang rosak.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Zuraidin Abdullah ketika dihubungi berkata, masalah tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihaknya.



“Kita sudah mengangkat masalah tersebut kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

“Jalan tersebut akan diturap dalam masa terdekat,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker