Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat ,Tangan Macam Sedang Solat, Menghadap Kiblat [VIDEO]

Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat ,Tangan Macam Sedang Solat, Menghadap Kiblat [VIDEO]

DIA pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat, demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terbaring dalam keadaan kaku di bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Menurut adiknya iaitu Hasenah, dia bersyukur apabila arwah tidak mengalami kecederaan akibat serangan jantung secara tiba-tiba di dalam bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

“Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur.



“Saya tak terkilan… tak la terhantuk ke apa ke. Dia pergi dalam keadaan bersih sangat,” katanya kepada mStar.

Hasenah ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada majlis pengebumian arwah abangnya pada pagi Khamis.

Pian yang aktif sebagai pelawak dan pengacara meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Difahamkan arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan.



Dalam pada itu Hasenah berkata arwah abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan melainkan dia begitu bersemangat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu mereka yang ke-74 pada 18 Januari lalu.

“Arwah beria nak buat majlis hari ulang tahun kelahiran mak. Sebelum ni tak pernah sambut pun, ni la pertama kali kami buat.

“Dia nak sangat adik-beradik, anak, cucu semua berkumpul masa tu. Tapi pada hari sambutan tu keriangan dia dak tiada.

“Dia hanya diam… ajak bergambar pun dah tak ceria. Dia hanya nampak cool, dah tak nampak lawak dia,” katanya



Untuk rekod pada 2018, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 pagi akibat sesak nafas.

Ketika itu, doktor mengesahkan Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu dia perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Bakat Allahyarham Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.-mSTAR

Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat ,Tangan Macam Sedang Solat, Menghadap Kiblat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker