Bursa Malaysia ditutup rendah, gagal jejaki pasaran serantau

 

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas gagal meneruskan kenaikan awal apabila mengalami tekanan jualan, sekali gus merekodkan prestasi berbeza berbanding dengan aliran serantau, berikutan pelabur berhati-hati menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, turun 5.30 mata atau 0.34 peratus kepada 1,573.33 daripada 1,578.63 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka 1.81 mata lebih tinggi kepada 1,580.44 dan bergerak di antara 1,572.77 dengan 1,586.06 sepanjang dagangan Isnin.

Bursa serantau sebaliknya mencatatkan sentimen dagangan meningkat dengan Nikkei 225 Jepun melonjak 2.12 peratus kepada 29,388.50, Hang Seng Hong Kong menambah 0.11 peratus kepada 29,319.47 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.93 peratus kepada 2,934.29.

Kenaikan harga minyak mentah pada Isnin juga tidak dapat menyokong untuk kenaikan di Bursa Malaysia.

Penanda aras global, minyak mentah Brent naik 1.20 peratus kepada AS$60.05 setong, sementara West Texas Intermediate menokok 1.13 peratus kepada AS$57.49 setong.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 620 berbanding 569 manakala 434 kaunter tidak berubah, 517 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 7.04 bilion unit bernilai RM4.50 bilion daripada 6.09 bilion unit bernilai RM4.15 bilion yang dicatatkan ketika penutupan pada Jumaat.

Sementara itu, antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing turun tiga sen kepada RM7.83 dan RM9.67, PBBank susut empat sen kepada RM4.08, Topglov dan Hartalega masing-masing merosot 34 sen kepada RM6.27 dan RM12.90.

Bagi saham aktif, DNeX dan warannya masing-masing naik sembilan sen dan 1.5 sen kepada 37 sen dan 6.5 sen, Luster menambah setengah sen kepada 22 sen, AT tidak berubah pada 16.5 sen dan Trive susut lima sen kepada 20.5 sen.

Antara saham untung, Tasco menambah 51 sen kepada RM5, SJC meningkat 41 sen kepada RM1.78, SCIB naik 40 sen kepada RM2.50 dan Hengyuan menokok 36 sen kepada RM5.83.

BLDPLNT mendahului senarai saham rugi apabila merosot 49 sen kepada RM7.51, diikuti Dutch Lady yang kurang 46 sen kepada RM34.40 sementara UWC turun 34 sen kepada RM12.88.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.93 mata kepada 11,479.39, Indeks FBMT 100 kurang 30.04 mata kepada 11,199.52 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 48.93 mata kepada 13,013.93.

FBM 70 kurang 10.48 mata kepada 15,049.34 dan FBM ACE merosot 89.53 mata kepada 10,771.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 11.5 mata kepada 14,565.40, Indeks Perladangan kurang 17.98 mata kepada 7,122.73 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menokok 1.51 mata kepada 178.06.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 4.53 bilion saham bernilai RM3.57 bilion daripada 3.32 bilion saham bernilai RM2.90 bilion yang dicatatkan semasa penutupan pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 410.74 juta unit bernilai RM69.8 juta daripada 345.55 juta unit bernilai RM61.09 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 2.10 bilion saham bernilai RM864.58 juta berbanding 2.41 bilion saham bernilai RM1.19 bilion.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 681.80 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (1.18 bilion), pembinaan (286.31 juta), teknologi (1.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (121.12 juta), hartanah ( 272.72 juta), perladangan (27.59 juta), REIT (9.49 juta), dana tertutup (24,000), tenaga (351.79 juta), penjagaan kesihatan (81.62 juta), telekomunikasi dan media (65.41 juta), pengangkutan dan logistik (120.8 juta) serta utiliti (23.54 juta).

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker