Bernard Chandran Bongkar Rahsia Reka Busana Pengantin Diraja Brunei

Bernard Chandran Bongkar Rahsia Reka Busana Pengantin Diraja Brunei

Sebelum ini ada mengulas tentang telahan orang ramai mengenai Datuk Seri Bernard Chandran, merupakan pereka busana pasangan diraja Brunei dan ternyata sangkaan tersebut tepat!

Pendedahan ini dikongsikan sendiri oleh Bernard dengan memuatnaik tangkap layar keratan akhbar dari Pelita Brunei di Insta-Stories beliau. Menerusi pendedahan tangkap layar tersebut sekaligus mengesahkan telahan orang ramai bahawa Bernard merupakan pereka fesyen diraja Brunei.

Berdasarkan petikan dari tangkap layar akhbar tersebut, Bernard mendapat ilham bagi menghasilkan busana pengantin yang gah dan luar biasa itu dengan menggabungkan tradisi tenunan negara Brunei dan elemen kontemporari.



Ambil Masa 6 Bulan Reka Busan Dan 3 Bulan Untuk Siapkan
Dalam temuramah Bernard bersama Pelita Brunei mendedahkan, busana raja sehari itu mengambil masa enam bulan untuk mereka rekaan tersebut, manakala tiga bulan lagi adalah untuk menyiapkan persalinan indah milik pasangan raja sehari itu.

Melihat rekaan busana nan indah di mata dengan perincian serta sentuhan unik Bernard ini, membuatkan orang ramai terpegun melihatnya.

Menurut Bernard lagi, beliau sebenarnya telah memahami cita rasa Puteri Fadzilah sejak anak perempuan kedua bongsu sultan Brunei itu berusia 10 tahun lagi.

Jadi tidak hairanlah setiap busana persalinan yang dihasilkan untuk pasangan diraja ini tampak gah, dan klasik dengan sentuhan kontemporari yang tersendiri. Mr



Bernard Chandran Bongkar Rahsia Reka Busana Pengantin Diraja Brunei


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker