Guna In-Car radar kesan individu langgar had laju sepanjang Tahun Baru Cina

Guna In-Car radar kesan individu langgar had laju sepanjang Tahun Baru Cina

Polis Diraja Malaysia (PDRM) julung kali akan menggunakan alat digital In-Car radar untuk mengesan had laju pemilik kenderaan di lebuh raya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain, alat itu digunakan semasa operasi penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan.

In-Car radar diletakkan dalam kereta peronda untuk mengesan kenderaan yang melanggar pematuhan had laju di lebuh raya.

“Selaras dengan kepesatan teknologi PDRM mempraktikan penguatkuasaan secara digital dengan alat kamera In-Car radar radar di sepanjang lebuh raya untuk mengesan kelajuan.

“Ini antara salah satu cara mengurangkan berlakunya kemalangan kecil dan kemalangan maut,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Op Selamat 17 Sempena Tahun Baru Cina di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) hari ini.

Terdahulu kata Razarudin, pengesanan had laju itu antara penguatkuasaan yang akan dijalankan oleh pihak sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina menerusi Op Selamat 17.

Kata Razarudin, Op Selamat bermula 28 Januari hingga 6 Febuari ini masih mengekalkan tema yang sama sebelum ini iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Ujarnya, dua objektif utama operasi kali ini adalah mencegah jenayah pecah rumah dalam masa yang sama meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang perayaan berkenaan.

“Seluruh kotinjen digerakkan bagi tujuan rondaan, pemantauan dan risikan secara berjadual di kawasan perumahan dan premis perniagaan.

“Ini bertujuan bagi memastikan usaha banteras pecah rumah dapat dioptimumkan. Dalam masa yang sama kerjasama masyarakat sebelum tinggalkan rumah amat diharapkan maklumkan perancangan cuti menerusi borang maklumat balek kampung di balai atau di portal rasmi,” jelasnya.

Selain itu, Razarudin berkata, polis turut menggunakan alat Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik termasuklah kenderaan yang terlibat dalam kes jenayah seperti curi, klon dan sebagainya.

“Kita akan pastikan ada pemantauan di jalan raya untuk memastikan laluan utama berjalan lancar,” ujarnya. MG

Guna In-Car radar kesan individu langgar had laju sepanjang Tahun Baru Cina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker