Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Siapa sangka pada usia 19 tahun, YouTuber, Nur Amira Syahira Azizul Abidin sudah mampu membeli sebuah bas untuk dijadikan sebagai motorhome.
Bas yang mempunyai 23 tempat duduk itu dibeli dalam satu jualan lelong pada Januari 2021.
Uniknya, bas itu berjaya diubah suai seperti sebuah rumah bergerak yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, bilik air, ruang makan dan sebagainya.
Secara keseluruhan, Nur Amira yang mempunyai 2.68 juta pengikut di saluran YouTubenya membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk merealisasikan impian memiliki motorhome sendiri.
Nur Amira mengakui tujuan sebenar bas itu dibeli untuk memudahkannya bergerak dengan cepat dan selamat selain dapat menjimatkan kos penginapan.
“Saya selalu keluar untuk membuat rakaman untuk kandungan Facebook dan YouTube. Sebelum ini apabila keluar saya perlu menyewa hotel atau rumah inap yang membabitkan kos yang agak tinggi.
“Atas kesukaran itu, saya berbincang dengan keluarga untuk membeli bas untuk dijadikan motorhome.
“Pada masa sama, saya turut mendapatkan khidmat sebuah syarikat perunding sebagai rujukan supaya proses ubah suai boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang,” katanya.
Menurutnya, kemudian proses pencarian bas yang bersesuaian dilakukan dan secara kebetulan terdapat lelongan bas.
“Selepas melihat bas yang bersaiz agak kecil selain keadaan yang masih baik, saya buat keputusan membeli kenderaan itu pada harga sangat berpatutan,” katanya.
Jelasnya, untuk kerja pengubahsuaian bas, dia menggunakan khidmat perunding yang mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja terbabit.
“Bagaimanapun, idea untuk susun atur dan kemudahan di dalam bas datang daripada saya sendiri supaya ia nampak cantik, kemas dan dapat memberikan keselesaan seperti berada di dalam sebuah rumah.
“Saya bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi kerana bas berusia 18 tahun itu mempunyai enjin dan luaran yang masih baik,” katanya.
Nur Amira berkata, sehingga kini, dia dan keluarga sudah menggunakan motorhome itu untuk ke beberapa lokasi menarik termasuk Cameron Highlands, Pulau Pinang dan Port Dickson.
“Secara keseluruhan, saya boleh katakan ia pembelian berbaloi yang dapat menjimatkan masa dan kos untuk jangka masa panjang
“Tambahan pula ketika pandemik Covid-19 yang masih menular, saya dapat mengurangkan risiko terkena virus itu,” katanya.
Ditanya perancangan masa hadapan, Nur Amira merancang untuk menaik taraf enjin dan menambah baik ruang dalaman motorhome supaya nampak lebih menarik.
“Insya-Allah, jika diberi peluang saya merancang untuk mengembara mengelilingi Semenanjung dengan kenderaan ini,” katanya. HM
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai
Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA
You must be logged in to post a comment.