Siasatan terhadap Daim & Keluarga umpama “ekspedisi memancing ikan yang besar” – Peguam

PUTRAJAYA: Peguam Rajesh Nagarajan berkata proses soal-siasat terhadap isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Naimah Khalid dan dua anak lelaki mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) umpama “ekspedisi memancing ikan yang besar”.

Ketiga-tiga mereka tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.30 pagi dan keluar sembilan jam kemudian.

Bercakap kepada wartawan selepas tiga beranak itu meninggalkan bangunan berkenaan, Rajesh berkata pihaknya juga kecewa kerana SPRM gagal memaklumkan kepada anak guamnya atas kesalahan apa mereka disiasat.

“Keseluruhan proses soal-siasat umpama satu ekspedisi memancing ikan yang besar,” kata Rajesh, salah seorang peguam yang mewakili Naimah dan dua anak lelakinya.

“Mereka memancing ikan untuk cuba mencari maklumat bagi mendakwa Daim. Mereka juga tidak mendedahkan apa kesalahan dibuat. Ini bertentangan dengan keadilan asasi.”

Rajesh berkata berdasarkan apa yang difahamkan beliau, anak guamnya mungkin tidak dipanggil lagi untuk disoal-siasat.

Sementara itu, seorang peguam tiga beranak itu, Sachpreetraj Singh berkata pegawai SPRM memberitahu anak guamnya bahawa mereka disoal-siasat untuk menentukan adakah mereka melakukan sebarang kesalahan.

“Mereka (SPRM) gagal memberitahu apakah kesalahan itu. Bagaimana mereka boleh lakukan itu? Ianya tidak berasas,” katanya.

Tambah Sachpreetraj, Naimah ditanya “kira-kira 50 soalan” manakala dua anak lelakinya “ditanya kira-kira 30 ke 40 soalan”.

Siasatan terhadap Daim itu dipercayai berkait sitaan bangunan Menara Ilham milik Daim oleh SPRM pada Disember lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Daim sedang disiasat kerana dipercayai terlibat rasuah dan pengubahan wang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan sebarang motif di sebalik penyitaan bangunan itu dengan berkata, langkah berkenaan menunjukkan agensi antirasuah itu akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan mereka.

Daim kemudian membidas Anwar dan SPRM berhubung siasatan itu yang disifatkannya sebagai “pemburuan”.

Dalam kenyataan di AstroAwani Daim mendakwa, beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker