“Enjoy This Moment…” Wajah Cantik Isteri Jadi Viral, Yassin Tak Halang Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

“Enjoy This Moment…” Wajah Cantik Isteri Jadi Viral, Yassin Tak Halang Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

SELEPAS isteri terkena tempias viral, pelawak Yassin berkata dia tidak menghalang wanita yang istimewa dalam hidupnya itu untuk aktif di media sosial.

Bagaimanapun Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 44, berharap agar isterinya,  43, tahu menjaga batas.

“Isteri dah boleh terima dunia glamor. Saya dah beritahu kepadanya bahawa sekarang ini sesuatu perkara mudah jadi viral “Saya tak halang untuk dia aktif di media sosial. Nikmatilah waktu sekarang ini.

“Namun sama-sama menjaga supaya tidak berlebihan,” katanya kepada mStar.

Yassin ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Baru-baru ini kemunculan Yassin dalam video di akaun TikTok Warda Waheeda milik Farah mencuri perhatian ramai.

VIDEO DIBAWAH:-

Rata-rata netizen tidak mengetahui anggota kumpulan Senario itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Mengulas lanjut tentang isteri dan anaknya yang kini menjadi perhatian ramai, Yassin berkata dia tidak dapat menahan kuasa media sosial dan akur apabila kini hal rumah tangganya mula diperkatakan.

“Zaman teknologi ini media semakin meluas dan menjadi viral. Apa sahaja yang kita buat akan diperhatikan.

“Sebelum ini saya lebih suka dikenali dengan kerjaya sendiri.

“Saya juga seorang yang berbeza jika berada di rumah. Jadi lebih senang untuk asingkan kisah peribadi,” ujar Yassin.

Yassin berkahwin dengan Farah Waheeda Maharidan, 43, pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.

Bercakap tentang filem Nasi Lemak 1.0, Yassin berkata dia tidak memikirkan soal kontroversi pengarah Namewee yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Saya melihat dia seorang yang berbakat. Saya tak pandang kontroversi.

“Hasil kerjanya baik terutama dalam aspek sinematografi. Dia sangat teliti,” jelasnya.

Barisan pelakon lain yang terlibat adalah Karen Kong, Datuk AC Mizal, Saiful Apek,Wak Doyok, Delimawati dan Yumi Wong.

Filem yang menelan belanja RM 3.5 juta ini bakal menemui penonton bermula 27 Januari ini di 120 buah pawagam seluruh Malaysia-mSTAR

“Enjoy This Moment…” Wajah Cantik Isteri Jadi Viral, Yassin Tak Halang Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker