PRN Johor: BN Tidak Harap Manifesto Semata-mata Untuk Menang Mandat Rakyat

PRN Johor: BN Tidak Harap Manifesto Semata-mata Untuk Menang

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan berharap kepada manifesto semata-mata dalam usaha untuk memenangi mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar Johor berkata, beliau tidak melihat janji dalam manifesto sebagai ‘kunci kemenangan’ untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya yang lebih penting ialah hala tuju yang jelas dan bertanggungjawab.



Jelasnya lagi, kekalahan BN Johor dalam Pilihan Raya Umum yang lepas yang mengakibatkan mereka kehilangan Johor buat kali pertama sejak merdeka adalah disebabkan pelbagai janji yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH), dan akhirnya tidak dipenuhi kesemuanya.

“Pada pilihan raya umu ke-14 dulu, kita tahu bahawa rakyat telah dijanjikan macam-macam oleh oleh manifesto mereka, dan akhirnya apa yang dijanjikan itu kita pun tahu, dan diakui pun oleh sesetengah pemimpin mereka bahawa ia tidak boleh dilaksanakan.

“Untuk BN pula ia adalah sebaliknya, sama ada manifesto, ataupun apa jua bentuk janji kita buat adalah merupakan satu responsible outline yang kita bentuk, supaya rakyat faham, apakah bentuk kerajaan yang kita nak, bagaimana kerajaan kita ini nak bela masa depan rakyat negeri ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Hasni berkata, apa yang penting ialah naratif yang ingin dibawa oleh BN Johor, terutamanya dalam meyakinkan rakyat tentang kerajaan pimpinan mereka mempunyai visi dan perancangan yang strategik untuk memakmurkan Johor.-AA

PRN Johor: BN Tidak Harap Manifesto Semata-mata Untuk Menang



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker