Ekin Jawab Tuduhan Punca Tak Teman Mawi Ke Pelancaran Filem, Konon Rumahtangga Ada Masalah

Ekin Jawab Tuduhan Punca Tak Teman Mawi Ke Pelancaran Filem, Konon Rumahtangga Ada Masalah

GARA-GARA isteri tidak hadir ke majlis pelancaran filem Rabu lalu, rumah tangga penyanyi dan penerbit Mawi pula dituduh bermasalah.

Isterinya, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asiki Rahmat mengakui tertekan dengan spekulasi yang disebarkan segelintir pihak tanpa usul periksa.



Lebih parah, fitnah itu tersebar ketika dia berdepan ujian apabila anaknya Cahaya Malika, 10, disahkan positif Covid-19.

“Bayangkan dua perkara terjadi dalam waktu yang sama. Ia memang beri tekanan teruk kepada saya.

“Awalnya memang boleh diamkan sahaja, tetapi apabila semakin ramai yang bertanya, adakah rumah tangga saya dan Mawi bermasalah, saya mula rasa tertekan.



“Sebelum lebih ramai buat cerita tidak betul atau timbul sebarang spekulasi, eloklah saya jelaskan kepada semua,” ujar Ekin kepada mStar

Mawi memberi kekuatan saat Ekin tertekan

Terdahulu, Ekin berkongsi hantaran di media sosial menceritakan dirinya mengalami mental breakdown selepas dihujani banyak soalan daripada rakan-rakan dan pengikut Instagram.

Sementara itu Ikin berkata, hubungan dia dan Mawi berjalan seperti biasa malah mereka juga tidak pernah berkongsi apa-apa berkaitan masalah rumah tangga di laman sosial.



“Hanya kerana saya tidak menghadiri majlis tersebut, orang sudah buat andaian yang buruk.

“Mereka tidak tahu bagaimana keadaan saya tertekan yang tidak dapat pegang anak kerana kuarantin di dalam bilik selepas disahkan positif Covid-19.



Ekin memaklumkan anaknya kini dalam keadaan stabil

“Rasa sedikit lega apabila dapat menjelaskan keadaan sebanar. Barulah orang faham apa yang saya lalui,” katanya.

Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cahaya Malaika, 10-mSTAR



Ekin Jawab Tuduhan Punca Tak Teman Mawi Ke Pelancaran Filem, Konon Rumahtangga Ada Masalah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker