Vaksin COVID-19 tahunan lebih baik banding dos penggalak lebih kerap

Vaksin COVID-19 tahunan lebih baik banding dos penggalak lebih kerap

Suntikan vaksin COVID-19 secara tahunan lebih baik berbanding dos penggalak yang lebih kerap dalam memerangi pandemik coronavirus, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc, Albert Bourla pada Sabtu.

Vaksin COVID-19 Pfizer/BioNtech terbukti berkesan terhadap penyakit yang teruk dan kematian disebabkan varian Omicron yang sangat bermutasi tetapi kurang berkesan dalam mencegah penularan.

Dengan kes semakin meningkat, sesetengah negara memperluaskan program vaksin penggalak COVID-19 atau memendekkan jurang antara suntikan bagi meningkatkan perlindungan.

Dalam temu bual dengan N12 News Israel, Bourla ditanya sama ada beliau melihat suntikan penggalak perlu diberikan setiap empat hingga lima bulan secara tetap.

“Ini tidak akan menjadi senario yang baik. Apa yang saya harapkan ialah mempunyai vaksin yang perlu anda ambil setahun sekali,” kata Bourla.

“Setahun sekali – lebih mudah untuk meyakinkan orang ramai melakukannya. Ia lebih mudah untuk orang ingat.

“Jadi daripada perspektif kesihatan awam, ia adalah situasi yang ideal. Kami sedang meneliti sama ada kami boleh mencipta vaksin yang meliputi Omicron tanpa meninggalkan varian lain dan itu boleh menjadi penyelesaian,” kata Bourla.

Bourla berkata Pfizer bersedia memfailkan kelulusan bagi vaksin yang dibangunkan semula untuk melawan Omicron, dan mengeluarkannya secara besar-besaran seawal Mac ini.

Memetik tiga kajian, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) berkata pada Jumaat bahawa dos ketiga vaksin mRNA adalah kunci untuk memerangi Omicron, memberikan 90 peratus perlindungan terhadap kemasukan ke hospital.

Kajian awal yang diterbitkan oleh Pusat Perubatan Sheba, Israel pada Isnin mendapati suntikan keempat meningkatkan antibodi ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ketiga tetapi mungkin tidak mencukupi untuk melawan Omicron.

Bagaimanapun dos penggalak kedua masih disarankan untuk kumpulan berisiko, menurut Sheba. BH

Vaksin COVID-19 tahunan lebih baik banding dos penggalak lebih kerap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker