Sekali Rasa Mesti Nak Lagi !! 10 Makanan Tahun Baru Cina Popular & Unik Yang Anda Boleh Cuba

Sekali Rasa Mesti Nak Lagi !! 10 Makanan Tahun Baru Cina Popular & Unik Yang Anda Boleh Cuba

Setiap perayaan pasti mempunyai makanan unik tersendiri yang nampak menyelerakan bukan?

Begitu juga dengan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat Cina. Banyak makanan yang nampak menyelerakan dan sedap. Tetapi boleh ke kita nak cuba makan? Jangan risau, banyak makanan yang halal didapati di pasaran. Ini antara makanan yang selalu dihidang oleh kaum Cina sewaktu musim Tahun Baru Cina.

1. Yee Sang

Yee Sang juga dikenali sebagai Yu Sheng dalam bahasa Mandarin. Makanan tersebut terdiri daripada bahan salad, ikan, sos plum dan kacang. Kebiasaannya, restoran menggunakan ikan Salmon atau Abalone yang dihiris nipis-nipis.

Makanan ini dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina melambangkan Yee Sang sebagai kemewahan dan kekayaan. Nak makan Yee Sang pun ada cara tau. Setiap ahli keluarga perlu sama-sama melambung hidangan itu sambil meluahkan doa atau kata-kata yang baik.

Kalau anda nak cuba makan Yee Sang yang halal, klik sini.

2. Nian Gao (Kuih Bakul)

Image via Miragas

Kuih bakul ini boleh disamakan dengan kuih dodol kepunyaan masyarakat Melayu. Tahap kekenyalan boleh dikatakan kuih bakul lebih kenyal. Ia juga mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Nian gao bermaksud tahun tinggi secara literal. Secara kesuluruhannya, masyarakat Cina percaya bahawa ini merupakan simbol kepada semakin tahun semakin tinggi dari segi pencapaian ataupun kewangan.

Kalau anda nak cuba makan Nian Gao yang halal, klik sini.

 

3. Rou Gan (Bakhwa)

Image via Asia One

Rou Gan atau dikenali sebagai Bakhwa ini merupakan hirisan daging nipis yang rasa manis. Ia merupakan daging ayam yang dihiris kemudian disaluti dengan madu. Daging tersebut dimasak dengan kaedah panggang. Sebab itu, ia lebih juicy dan sedap.

Kalau anda nak cuba Bakhwa yang halal, klik sini (Shopee) atau sini (Dendeng Bakar).

 

4. Biskut Nasib

Image via Berita Satu

Biskut ini bukan saja popular dalam kalangan masyarakat Cina, malah ia juga popular di serantau dunia kerana keunikannya. Apa yang bestnya, dalam biskut nasib itu mempunyai kertas yang mengandungi kata-kata hikmah. Biskut ini rasanya seperti vanila dan rangup.

Kalau anda nak cuba fortune cookies, klik sini.

 

5. Keropok Rumpai Laut

Rumpai laut sudah menjadi kegemaran kaum Cina. Ini merupakan kuih yang paling senang untuk disediakan. Anda hanya perlukan kulit popia dan rumpai laut untuk hasilkannya. Rasanya, rangup dan masin sedikit. Banyak juga variety yang dijual di pasaran seperti perisa pedas, salted egg dan lain-lain.

Kalau anda nak cuba keropok rumpai laut, klik sini.

 

6. Karipap kacang

Karipap kacang yang dikenali sebagai Kok Chai ini memang unik dan berbeza dengan karipap biasa. Kebiasaannya, karipap kaum Melayu berintikan sardin atau kentang. Kok Chai ini berintikan kacang dan luarnya sangat rangup dan keras.

Kalau anda nak cuba Kok Chai, klik sini.

 

7. Tart Nanas

Image via Resepi Che Nom

Tart Nanas merupakan kuih yang selalu ada di setiap perayaan tidak kira Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri. Masyarakat Cina menganggap bahawa menghidangkan kuih tart nanas kepada tetamu boleh membawa tuah kepada seisi keluarga.

Kalau anda nak cuba tart nanas, klik sini.

8. Kuih kapit gulung

Image via Etsy

Kuih kapit mempunyai dua jenis iaitu kapit biasa dan kapit gulung. Kedua-duanya mempunyai tesktur yang cair bila dimakan. Rangup dan sedap. Confirm tak cukup kalau makan satu! Kuih ini juga boleh didapati semasa perayaan lain.

Kalau anda nak cuba kuih kapit, klik sini.

 

9. Kuih Bangkit

Image via Oh Hangat

Kuih bangkit yang sering kita lihat merupakan corak bunga kelopak lima bukan? Tetapi pada musim perayaan Tahun Baru Cina, anda akan menjumpai corak ikan emas atau bunga matahari. Bunga matahari bermaksud keuntungan manakala ikan emas pula melambangkan kemakmuran.

Kalau anda nak cuba kuih bangkit, klik sini.

 

10. Kuih Ros

Image via Saji Xtra

Kuih Ros juga dikenali sebagai Kuih Loyang. Kuih ini juga sering didapati pada musim perayaan yang lain. Penyediaan kuih memerlukan anda untuk menggoyangkan acuan ke dalam minyak panas dan tunggu sehingga kuih bertukar perang keemasan. Masyarakat Cina menganggap Kuih Ros mewakili perpaduan dan hubungan keluarga yang erat.

Kalau anda nak cuba Kuih Ros, klik sini.

 

Semua nampak sedap kan, jom cuba makanan unik yang lain daripada lain ini. Pasti anda akan menyukainya! :D-Seismik

Sekali Rasa Mesti Nak Lagi !! 10 Makanan Tahun Baru Cina Popular & Unik Yang Anda Boleh Cuba

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker