Guru dibenarkan berpolitik, Rafidah Aziz melompat



Bekas menteri kabinet, Rafidah Aziz tidak setuju dengan keputusan kerajaan membenarkan guru terlibat dalam politik dengan mendakwa langkah itu akan menghakis sistem pendidikan negara.

“Amat membimbangkan apabila diumumkan bahawa guru di semua peringkat dibenarkan terlibat dalam politik berkuat kuasa serta merta.

“Kebenaran tanpa peraturan yang munasabah ini sudah tentu akan menimbulkan persoalan dan kebimbangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, meskipun ramai guru yang berdedikasi dan komited dengan tugas mereka, namun dia bimbang sesetengahnya mungkin menyebarkan propaganda politik kepada pelajar, sekali gus tidak baik untuk pembinaan negara.

Ismail Sabri batalkan sekatan Kerajaan terdahulu, guru kini dibenarkan berpolitik

Tambahnya langkah itu juga akan menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan “pandangan yang tidak selaras dengan entiti politik tertentu” dan menghakis nilai murni di kalangan pelajar serta asas perpaduan negara.




Rafidah menjelaskan walaupun individu wajar diberikan hak menyertai aktiviti politik, ia perlu dilakukan sebagai warganegara agar tidak mencetuskan masalah dalam masyarakat.

Terdahulu, kerajaan hari ini mengumumkan golongan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibenarkan berpolitik berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati prinsip demokrasi, memandangkan sebelum ini mereka dilarang menyertai kegiatan politik.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Leave a Reply

Your email address will not be published.