PRN Johor: Sultan Ibrahim berkenan bubar DUN



Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan untuk PRN diadakan.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada jam lima petang tadi di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Pertemuan turut disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Azmi Rohani, yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor, menurut kenyataan itu lagi.


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terserah kepada UMNO Johor – Ismail



Leave a Reply

Your email address will not be published.