Rejim israel naik gila, tembak penduduk Palestin sesuka hati

Bukan hanya rumah diroboh sewenang-wenangnya, pasukan pengganas Israel turut sesuka hati menyerang serta mencederakan penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Terbaharu, seorang pemuda Palestin cedera parah akibat ditembak pasukan pengganas Israel di luar kampung Sinjil, di utara bandar Ramallah di Tebing Barat, menurut sumber tempatan.

Dalam kejadian malam tadi, askar Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke arah Saher Fuqaha, 22, sehingga menyebabkan kecederaan di perut dan tulang peha.

Saher dikejarkan ke hospital Istishari di Ramallah dan dilaporkan terpaksa menjalani dua pembedahan akibat kecederaan itu, menurut keluarga.

Bapa saudara Saher, Nizar Fuqaha memberitahu, tentera Israel melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan ke arah anak saudaranya sebaik keluar dari kereta yang dinaiki di luar kampung itu.

Katanya, tentera turut cuba menangkap Saher selepas dia ditembak sebelum dibebaskan kemudiannya.-  Agensi

Rejim israel naik gila, tembak penduduk Palestin sesuka hati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker