Mekanik pandu Ferari RM14.26 juta rempuh pokok

Mekanik pandu Ferari RM14.26 juta rempuh pokok

BAARN, AMSTERDAM – Seorang mekanik mendapat nasib malang apabila kereta Ferari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan dilaporkan merempuh sebatang pokok, lapor laman berita Metro UK semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Baarn, selatan Amsterdam, Belanda.

Pemandu itu dilaporkan tidak cedera, namun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pengedar kenderaan tempatan itu berada hanya dua kilometer dari kawasan kejadian. Kereta itu adalah milik pelanggan.

“Ia melanggar tunggul pokok di tepi jalan lalu pada bahagian tempat duduk penumpang. Saya tidak pasti bagaimana ia berlaku,’’ jelas seorang saksi kejadian.

Hanya 400 buah kereta Ferari jenis Enzo dikeluarkan antara tahun 2002 hingga 2004.

Nilai kereta itu telah meningkat sejak awal pelancarannya yang bermula pada harga £450,000 (RM2.57 juta).

Sebuah kereta Enzo keluaran 2003 telah dijual oleh rumah lelongan Sotheby’s pada Ogos tahun lalu pada harga £2,463,132 (RM14.06 juta). K Online

Mekanik pandu Ferari RM14.26 juta rempuh pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker