Hadi kata 99.9 peratus akar umbi puas hati gugur Mohd. Khairuddin

MARANG: Sebanyak 99.9 peratus akar umbi Pas berpuas hati dengan keputusan parti itu menggugurkan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tiada keperluan untuk parti itu membuat penjelasan lanjut atau rasmi berhubung isu melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan walaupun ada segelintir pemimpin yang mendesak.

Jelasnya, pengguguran Mohd. Khairuddin adalah berhubung soal disiplin dan ia merupakan hal dalaman parti yang hanya untuk pengetahuan ahli-ahli tanpa perlu dihebohkan kepada masyarakat.

“Tak perlu (penjelasan rasmi), itu pandangan terpencil dan sehingga ini saya mendapat maklumat daripada akar umbi, 99.9 peratus berpuas hati,” katanya kkepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai AJK Pas, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Pas menjelaskan pengguguran Mohd. Khairuddin tidak ada kena-mengena dengan soal pendirian terhadap Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, sebelum memutuskan untuk menggugurkan Mohd. Khairuddin, beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan pemimpin itu.

“Dia belum dipecat, cuma digugurkan sahaja daripada AJK dan sebelum daripada itu pun ada isu disiplin, kita sudah nasihat dan membuat tindakan awal.

“Soal pengganti kita akan lihat jika ada keperluan sebab setakat ini parti berjalan macam biasa,” katanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker