Sorok dalam tangki air elak kena cekup

Sorok dalam tangki air elak kena cekup

Melaka: Sekumpulan empat lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah samun bersenjatakan parang dicekup polis, kelmarin.

Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bukit Beruang dan Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil oleh sepasukan polis dari Cawangan (D9) Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan keatas kesemua suspek dilakukan selepas pihaknya menerima tiga laporan membabitkan samun bersenjata parang di kawasan Ayer Keroh dan Batu Berendam.

Beliau berkata, suspek dikatakan menyasarkan lelaki warga asing dan juga wanita sehinggakan mereka kerugian wang tunai, telefon bimbit serta dokumen penting.

“Hasil risikan dilakukan kemudian membawa kepada tangkapan empat suspek berusia 32 hingga 43 tahun.

“Ketika tangkapan dijalankan pihak polis terpaksa meminta bantuan pasukan bomba apabila seorang daripada suspek bertindak bersembunyi di dalam tangki air di tingkat empat rumah pangsa,” katanya.



Menurut beliau, siasatan dilakukan juga mendapati mereka aktif melakukan jenayah samun sejak awal tahun.

“Semakan lanjut dijalankan juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau selain tiga daripada mereka orang dikehendaki.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan turut mendapati suspek positf Methamphetamine,” katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, dengan tertangkapnya suspek polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun membabitkan kumpulan itu.



“Selain tangkapan keatas suspek polis turut merampas dua kenderaan, dua parang, telefon bimbit serta pakaian.

“Kesemua mereka kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 395/397 akta sama,” katanya. HM

Sorok dalam tangki air elak kena cekup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker