Ahmad Maslan kata tiada faedah sokong PN

Pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan, bukan pembangkang, begitu juga kerusi Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang.



“Oleh itu jika pengundi sokong PN bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun.

“Jika mereka (pengundi) pilih calon kerajaan perpaduan, mereka pilih pembangunan, perpaduan dan kerserasian antara kerajaan pusat dan negeri dan mereka pilih wakil rakyat yang boleh selesaikan masalah mereka dengan mudah,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon PH Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih di Muar malam tadi.

Turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu.



PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi terbabit berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon bebas.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker