Keputusan rayuan BPR pada penghujung September

BERA – Kerajaan akan mengumumkan keputusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung September ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan menyedari keluhan rakyat yang masih menunggu rayuan BPR masing-masing.

“Jangan risau, jika sekiranya mereka yang dalam rayuan lulus dengan kelayakan sedia ada, kerajaan akan umumkan keputusan BPR pada hujung September ini.



“Sekiranya lulus, mereka juga akan memperoleh Bantuan Khas Covid-19 (BKC), namun jika tidak lulus kita akan menggunakan kaedah silang data dengan menyemak data pencukaian.

“Jika memenuhi kriteria M40, mereka juga tidak akan terkecuali menerima bantuan ini,” katanya pada sidang akhbar di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Triang di sini, Isnin.

Hadir sama, Pengarah BSN Pahang, Shahrul Anuar Hamid dan Ketua Khidmat Pengurusan BSN Pahang, Rosina Hamzah.

Turut berlangsung lintas langsung dalam talian bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di BSN Putrajaya.



Tambah Mohd Shahar, kerajaan mesti membantu rakyat yang terkesan, namun dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau mengakui kelewatan pembayaran BKC berikutan perubahan kerajaan, namun perkara itu menjadi keutamaan Kementerian Kewangan untuk dilakukan segera selepas kerajaan baharu terbentuk.

“Insya-ALLAH, kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk memberikan bantuan, sebab itu dalam kerajaan pada hari ini kita menggunakan penggabungan fiskal untuk melihat perbelanjaan dan penggunaan kewangan negara yang lebih kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, pada 28 Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dengan tujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.



BKC telah diperkenalkan bagi memastikan golongan B40 dan M40 mendapat bantuan tambahan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021 yang dijangka akan memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Fasa 1 BKC yang memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 4.5 juta individu bujang akan dibayar secara berperingkat mulai 6 September (Isnin) bagi penerima B40 dan Khamis bagi penerima M40 melibatkan peruntukan berjumlah RM3.1 bilion.

Secara keseluruhan, peruntukan berjumlah RM17.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi pelaksanaan BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan BKP yang telah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak.

Keputusan rayuan BPR pada penghujung September




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PM harap pemberian BKC ringankan beban rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker